Kenyataan Laman Anti Isa - Bebaskan segara! Penahanan terbaru seorang aktivis pelajar dibawah undang undang zalim ISA adalah satu lagi tindakan kejam polis untuk menakut nakutkan rakyat supaya tidak berani bersuara. Penahanan Khairul Anuar Ahmad Zainudin di bawah ISA tidak patut sama sekali dilakukan memandangkan beliau masih lagi belajar. Apa yang sedang terjadi di Malaysia ini adalah - pihak polis langsung tidak mengendahkan perasaan dan sentimen rakyat di dalam membuat satu satu keputusan yang jelas ditentang oleh rakyat. Laman ini difahamkan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan mengenai tangakapan terbaru ini, dan hanya dimaklumkan setelah ditahan. Persoalan kita, arahan siapakah yang membolehkan Khairul Anuar ditahan? atau beliau ditahan atas 'rasa dendam' pihak polis sendiri setelah melihat dan memerhatikan bagaimana Khairul Anuar aktif didalam Gerakan Mansuhkan ISA. Kita hairan dan kesal dengan tindakan bebal pihak polis yang masih lagi menggunakan alasan mengancam keselamatan negara pada setiap tangkapan - walhal kita dimakluman oleh semua bekas tahanan ISA baru baru ini bagaimana soal siasat hanya menjurus kepada soal soal seks, soal pencantuman keadilan dan PRM, dan beberapa soal lagi yang langsung tidak bersangkutan dengan alasan awal penahanan yang kononnya merancang keganasan. Kita hairan dan tertanya tanya adakah Polis cawangan Khas dibayar gaji oleh rakyat untuk menjadi agen provokatif UMNO, adakah mereka digaji oleh rakyat untuk menjadi anjing anjing yang hanya mahu memastikan keselamatan tuan tuan mereka tidak diganggu walaupun terpaksa untuk membuat fitnah, menimbulkan kekacauan hatta tindakan bacul menahan seorang pelajar melayu Islam dibawah undang undang yang diwujudkan untuk membendung ancaman Komunis lewat 70 an itu. Kita merasakan bahawa rayuan dan pemintaan kita selama ini - yang mahukan polis lebih bertimbang rasa dan tidak lagi mengunakan ISA untuk tahanan politik langsung tidak diendahkan, lantaran itu; kita merasakan yang SELEPAS INI KITA AKAN MELAKUKAN SEDIKIT KEJUTAN KEPADA MEREKA. Supaya mereka merenung kembali mengapa dan kenapa kita terpaksa mengunakan kekerasan untuk menghalang kezaliman terus dilakukan keatas tubuh badan, perasaan dan roh sekelian rakyat Malaysia. Laman ini sedikit masa lagi - akan meyebarkan apa perancangan kita seterusnya mendepani isu ini setelah cara dan keadah berhemah tidak mampu merubah keadaan yang ada. Kita akan gerakkan seberapa banyak tenaga yang ada untuk perancangan kita ini. Semoga dengan apa yang kita lakukan nanti, akan menjadi satu pengajaran kepada mereka mereka yang zalim sepanjang zaman. -Pengurus Laman-
http://nt_isa.tripod.com
|